PELBAGAI SOS, CILI BOH DAN MAKANAN SEGERA

(Sos, Cili Boh, Kuah Cucur Udang, Kuah Rojak)

1-    Pelbagai Sos

Kini, Maksu, melalui Syarikat Sejati Hebat Enterprise, telah berjaya menghasilkan  pelbagai Sos yang dibuat daripada bahan bahan yang segar dan bermutu. Sos-sos ini dipasarkan dibawah label Wanis dan KPW. Wanis adalah label dibawah Jabatan Pertanian Pulau Pinang, manakala KPW adalah Kumpulan Pengusaha Wanita, juga dibawah Jabatan Pertanian Pulau Pinang

Kesemua sos-sos di atas boleh didapati didalam botol 400g dan botol 2.5kg. 

Sos Cili yang dihasilkan sesuai digunakan untuk semua tujuan, samaada untuk masakan mahupun sebagai penyedap makanan. Bagi memenuhi citarasa pelanggan, cili sos yang disediakan adalah sederhana pedasnya. 

Sos nasi ayam digunakan untuk membuat kuah nasi ayam .Ia juga boleh digunakan untuk mencicah ayam panggang,udang dan sebagainya.Ia boleh di gunakan dengan terus tanpa memasaknya kerana sudah siap di masak serta menjimatkan masa para pengguna.

Sos pencicah pula sesuai digunakan sebagai pencicah bagi pelbagai makanan dan masakan, seperti dicicah dengan ayam goreng, ayam panggang, kentang goreng, keropok (keropok ikan, udang, lekor dll), udang, kuih muih (seperti cucur udang), mee goreng dan lain lain.

Sos perencah pula digunakan untuk menggoreng Nasi, Mee, Bihun, Koeteow dan sebagainya. Ianya juga sesuai digunakan sebagai penyedap makanan, yang dimakan bersama masakan lain (mee, bihun dan lain-lain).

Sos perencah sayur sama kegunaan seperti sos perencah biasa. Sebagai tambahan, sos perencah sayur sesuai juga digunakan untuk membuat nasi goreng mahupun untuk masakan sayur.

 

2-    Cili Boh

Maksu juga membuat dan menjual pelbagai cili boh yang terdiri daripada empat jenis perasa (tanpa pengawet). Pelanggan boleh memilih jenis perasa yang dikehendakinya. Produk-produk disenaraikan seperti berikut:

 

3-    Makanan Segera

Maksu juga membuat dan menjual serbuk kuah cucur udang segera dan kuah rojak. 

Kuah cucur udang: Serbuk ini hanya perlu ditambahkan air panas (dan dikacau) untuk mendapatkan kuih cucur udang yang enak. Serbuk ini dipasarkan dibawah label Wanis, dibawah Jabatan Pertanian Pulau Pinang.

Kuah rojak: Kuah rojak  di gunakan ketika makan bersama buah-buahan .Kuah rojak  ini hanya perlu dicampurkan dengan kacang yang diberi secara berasingan ke dalam kuah rojak itu. Ia perlu dituangkan agar berasa lebih sedap dan enak.

 

Sos, Cili Boh, Kuah Cucur Udang dan Kuah Rojak dapat dibeli secara sedikit mahupun secara pukal. Bagi mereka yang ingin menempah dalam kuantiti yang banyak, sila membuat tempahan seawal mungkin.

Bagi yang berminat, Maksu boleh dihubungi di 04-5382716 atau sila datang terus ke alamat seperti tertera di bawah.

Bagi yang berminat untuk menjadi pengedar pula, sila datang ke alamat Maksu atau telephone Maksu untuk berunding.


Habibah Binti Haji Ismail
Sejati Hebat Enterprise

49 Mukim 5 Kubang Semang
14400 Bukit Mertajam, Seberang Perai
Penang, Malaysia
Phone: 04-5382716
email: maksu_bibah@hotmail.com

Sejati Hebat  Kuih Raya  Makanan Tradisional  Sos Cili, Pencicah & Cili Boh  Catering  Tempahan Pakaian Gubahan Bunga  Form  Email